Friday, September 6, 2024

ABAM BALIK KE JOHOR





Awal2 pagi lagi abam dah ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) utk balik ke Pasir Gudang dengan bas. Bagi abam TBS sendiri sudah tak sebagus dulu, banyak dari servis nya yg rosak seperti lif dan tangga bergerak. Bayangkan susahnya membawa beg besar turun dan naik beberapa tingkat. Tapi disebabkan tak ada pilihan terpaksa juga.

Abam tak ingat naik bas apa, kalau tak salah namanya Top Linear dari TBS terus ke Pasir Gudang. Kebaikkan naik kat TBS ni bas dia biasanya datang tepat waktu. Tapi keburukkannya bas ni akan berhenti terlalu banyak tempat. Ada satu tempat tu untuk ambik penumpang kat Pagoh diorang berhenti sampai satu jam hanya untuk penumpang yang sama turun di Skudai. Tapi wang adalah segala2nya. 

Untuk lain kali abam takkan naik bas langsung ke PG tapi akan turun di JB. Bas ke JB lebih pantas dan kurang berhenti atau pilihan yang lebih baik ialah naik keretapi KL-Gemas-JB dan dari JB naik bas ke PG. Semasa balik pun kejadian yang sama terjadi, 7 tempat bas tu berhenti, sangat menyusahkan.

No comments:

Post a Comment