Tuesday, June 13, 2023

KAKAK ACCIDENT







Kakak Nah dan suami balik ke kampung Air Tawar dan dalam perjalanan balik ke Waha, suaminya microsleep semasa memandu dan telah melanggar sebuah kenderaan lain Exora disebabkan termasuk ke laluan kereta itu. Keadaan kenderaan sangat parah seperti digambar. Kakak sendiri patah tangannya. Ini kali ketiga kakak patah tangan. Suami nya tertusuk besi di lutut dan sementara ini susah untuk berjalan.






Selepas accident, keadaan kakak semakin merosot. Dia kelihatan tak bersemangat untuk teruskan hidup, tak mahu makan dan sebagainya, sehingga akhirnya di terpaksa dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada punggung yang terpaksa dibedah dua kali. Hari ini 5hb September 2023, kakak sudah balik ke rumah dan berulang ke hospital untuk rawatan susulan. 


Akhirnya pada 8 Oktober 2023 di waktu subuh, kakak menghambuskan nafasnya yang terakhir dan disemadikan di Felda Simpang Waha. Semoga arwah ditempatkan bersama sama orang yang soleh. 

No comments:

Post a Comment